blog


Rasulullah SAW adalah seorang yang mempunyai budi pekerti yang sangat luhur. Jika ada pakaian yang koyak, Rasulullah SAW menampalnya sendiri tanpa menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga maupun untuk dijual.
Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang siap dimasak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyingsingkan lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur. Sayyidatina ‘A’isyah menceritakan: "Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumah tangga. Jika mendengar adzan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid dan cepat-cepat pulang kembali sesudah selesai solatnya."
Pernah Rasulullah SAW pulang pada waktu pagi. Tentulah Rasulullah amat lapar waktu itu. Tetapi dilihatnya tidak ada makanan siap untuk sarapan. Bahan-bahan masakan juga tidak ada kerana Sayyidatina ‘A’isyah belum ke pasar. Maka Nabi bertanya, "Belum ada sarapan ya Khumairo? Sayyidah ‘A’isyah menjawab dengan agak serba salah, "Belum ada apa-apa wahai Rasulullah." Rasulullah lantas berkata, "Kalau begitu aku puasa saja hari ini." Tanpa sedikit tergambar rasa kesal di wajahnya. Pernah Rasulullah bersabda: "Sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik dan lemah lembut terhadap isterinya."
 Prihatin, sabar dan tawadhuknya Rasulullah sebagai kepala keluarga
 Suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para sahabat, pergerakan baginda antara satu rukun ke rukun yang lainnya amat sukar sekali. Para sahabat mendengar bunyi menggerutuk seolah-olah sendi-sendi pada tubuh Rasulullah yang mulia itu bergeser antara satu dengan lainnya. Sayyidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah selesai bersembahyang, "Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah engkau menanggung penderitaan yang amat berat, benarkah begitu wahai Rasulullah?" "Tidak, wahai Umar. Alhamdulillah, aku sehat dan segar" "Ya Rasulullah, mengapa setiap kali engkau menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi-sendi tubuhmu bergesekan? Kami yakin engkau sedang sakit…" desak Sahabat Umar cemas. Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan dililti sehelai kain yang berisi batu kerikil untuk menahan rasa lapar. Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali beliau bergerak dari satu rukun ke rukun yang lainnya. "Ya Rasulullah! Seandainya engkau menyatakan lapar dan tidak punya makanan, kami akan mencarikannya untukmu" lalu Rasulullah menjawab dengan lembut, "Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apa yang akan aku katakan di hadapan Allah nanti, apabila aku sebagai pemimpin menjadi beban kepada umatnya?" "Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah Allah buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tidak ada yang kelaparan di akhirat kelak."

Rasulullah SAW pernah tanpa rasa canggung sedikitpun makan di sebelah seorang tua yang penuh kudis, miskin dan kotor. Hanya diam dan bersabar bila kain rida'nya direntap denga kasar oleh seorang arab badui hingga berbekas merah di lehernya. Dan dengan penuh rasa kehambaan baginda membasuh tempat yang dikencingi si Badui di dalam masjid sebelum menegur dengan lembut  perbuatan itu.

Ketika pintu syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk baginda, baginda masih berdiri di waktu-waktu sepi malam hari, terus-menerus beribadah, hingga pernah baginda terjatuh, lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak. Keadaan kesihatan tubuh beliau yang sudah tidak mampu menanggung kemauan jiwanya yang tinggi. Ketika ditanya olah Sayyidatina Aisyah, "Ya Rasulullah, bukankah engkau telah dijamin syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini?" Rasulullah menjawab dengan halus, "Wahai ‘A’isyah, bukankah aku ini hanyalah seorang hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur." Rasulullah SAW bersabda, "Sampaikan pesanku walau sepotong ayat." (*)
 
Khumairo adalah panggilan mesra untuk sayyidatina Aisyah yang berarti 'wahai yang kemerah-merahan.